Hari ini saya akan menceritakan sedikit mengapa anda harus memilih Umobile Broaddband berbanding Maxis Broadband atau Celcom Broadband.
Mari kita bercakap mengenai Maxis terlebih dahulu. Jika anda berniat untuk melanggan Maxis Broadband, saya sarankan anda berfikir sekali lagi. Ini kerana servisnya tidaklah segah namanya. Walaupun Maxis mempunyai nama yang besar di Malaysia, namun servis broadbandnya agak teruk. Selepas setiap satu jam menggunakannya, talian internet anda akan terputus dengan tiba-tiba. Dan begitulah seterusnya.
Daripada 10 pelanggan saya yang melanggan Maxis broadband, 8 orang akan memulangkannya semula kerana tidak berpuas hati. Saya juga banyak terbaca rintihan pelanggan Maxis di forum-forum yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Maxis Broadband. Yuran yang dikenakan untuk pakej 3.6mbps: pendaftaran RM 100, caj bulanan RM 138 & dibekalkan dengan modem.
Celcom Broadband pula agak baik. Jika anda berhasrat melanggannya, silakan. Untuk pakej 3.6mbps, yuran bulanannya ialah RM 129, dan modem diberi percuma. Servis Celcom memang lebih baik dari Maxis. Saya memang mengesyorkan kepada anda.
Ops! Nanti dulu! Sebelum anda mengisi borang Celcom, cuba anda dengar apa yang saya ingin katakan tentang Umobile broadband. Liputan Umobile semakin stabil dan sudah boleh diaktifkan di Lembah Klang dan bandar-bandar utama negeri-negeri di Malaysia. Untuk pakej 3.6mbps,tanpa yuran pendaftaran, yuran bulanan RM 68 (promosi – RM 58 sahaja sebulan hingga Disember 2008). Jadi, yang mana lebih menjimatkan? Tentu sekali umobile.
0 ulasan:
Catat Ulasan